Nak dijadikan cerita, Iqaa bangun pagi tadi mata masih jugak seperti semalam. Ish tak boleh jadi ni. sebenarnya denyutan atau kenyitan di bawah mata ini tidaklah menyakitkan tapi boleh membuatkan kita rasa tidak selesa dan bagaikan membataskan pergerakkan seharian sebab asyik fikirkan mata aje. hahahahahaha.
sampai sahaja di tempat kerja pagi tadi, Iqaa berborak dengan salah seorang kawan sekerja dan bagitahu perihal mata Iqaa ni. Dia beritahu pada Iqaa, setiap kejadian tu ada maksud tersembunyi. Mungkin ada orang jauh nak datang menyunting bunga. Iqaa dah tersengih sengih. Wah, ada orang nak datang masuk meminang ke? Betul ke? boyfriend tak ada ni. hahahahahahahaha.
Sementara ada masa terluang ni, ika pon menyelongkar otak Pakcik Google sekejap. Iyalah perasaan curious tu melonjak lonjak dan ini lah hasil carian ika bersama Pakcik Google.
Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.
MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.
Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Dan kalaulah betul ada maksud di setiap pergerakan berdasarkan kenyataan kawan Iqaa dan Pakcik Google : Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Tetiba berharap semua ni tak menjadi kenyataan.